♥ SELAMAT DATANG PUAN FAZLINDA & KAWAN- KAWAN YANG TERCINTA ♥ ♥ ANDA SEKARANG TENGAH LANDING KAT BLOG TAHUN MELAWAT JOHOR LA KOT (!) OK LA YE~ SEMOGA ANDA TERHIBUR ♥ LOVE YOU (!) ♥n_n♥

Sunday, October 21, 2012

LEGOLAND Taman Tema LEGO ♥




Legoland Malaysia ini merupakan Taman Tema Lego 

yang ke-enam di dunia dan yang 
PERTAMA di Asia.
Sebelum ini, terdapat 5 lagi yang telah
 di bina UK(Legoland Windsor)
Jerman( ( Legoland Deutschland
Denmark (Legoland Billund) dan 2 
di AS( Florida dan California)


Sebagai rakyat Malaysia, 
kita seharusnya bangga kerana syarikat
 LEGO memilih Malaysia sebagai lokasi pertama 
Asia bagi taman tema mereka.
Ini merupakan satu penghargaan yang tinggi
 buat negara kita dan menunjukkan tinggi 
pelabur terhadap negara ini .







Berikut adalah fakta menarik tentang
 taman tema Legoland Malaysia :


  • Dilancarkan dan mula dibuka pada 15 Disember 2012
  • Akan menjadi taman tema berkonsep Lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia
  • Lokasi di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia
  • Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments
  • Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi)
  • Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan dan tarikan termasuk Main Theme 4D,Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.
  • Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.
  • Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.
  • Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (+ rebat RM30 untuk pemegang Mykad) atau,
  • Pas masuk tahunan:
  • Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan)
    Dewasa: RM195
    Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150
  • Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan)
    Dewasa: RM275
    Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210


hari perlancaran Taman Tema Legoland Malaysia 
Taman Tema air yang terdapat di Legoland 


Juga menyediakan kedai cenderamata bagi pengunjung 



Replika-Replika bangunan yang diperbuat daripada LEGO 


kemudahan yang disediakan ♥ :




Antara kemudahan yang disediakan di taman tema
itu ialah restoran, surau dan tempat letak kenderaan.


'The Big Shop' kedai menjual lego terbesar di Asia
Tenggara akan dibuka bersebelahan 
pintu masuk utama taman tema itu.


Tiga permainan menarik dikhususkan buat
kanak-kanak berumur di bawah 11 tahun iaitu
City Fire Academy, Driving School dan Boating School
. Bagaimanapun permainan itu masih 
memerlukan pengawasan dewasa.


Di 'City Fire Academy', empat pemain diperlukan
iaitu kanak-kanak dan dua dewasa yang akan berlawan
dengan keluarga lain untuk memadamkan api
menggunakan jentera bomba lego.


'Driving School' pula memberi peluang kanak-kanak 
memandu kereta mini lego yang memerlukan mereka 
mematuhi arahan lalu-lintas serta peraturan disediakan.


Setelah tamat permainan, mereka akan diberikan
lesen yang membolehkan mereka bermain di situ 
setiap kali melawat Legoland, manakala di 'Boating School' 
pula kanak-kanak dibenarkan mengemudi bot kecil
sambil ditemani seorang dewasa.



City Fire Academy ♥



Roller Coaster Kecil Di LEGOLAND MALAYSIA 



Baby Care Dan Surau 


Boating school 


LEGOLAND SHOP 



Restoren turut disediakan 



preview LEGOLAND MALAYSIA ♥



No comments:

Post a Comment